2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress
BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,11 Jun- Indeks barometer Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan sebelumnya berikutan jualan bermula dalam kalangan saham wajaran tinggi dan pelabur beralih kepada saham permodalan kecil.
Pada pukul 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.89 mata kepada 1,610.48 daripada 1,614.37 pada Isnin,terutamanya berikutan penurunan di kaunter Petronas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.63 mata kepada 1,617.0 dan bergerak antara 1,609.26 dan 1,617.37 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun,suasana pasaran kekal positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 611 berbanding 536 manakala 451 kaunter kekal tidak berubah,802 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 4.08 bilion unit bernilai RM2.41 bilion.
Seorang peniaga berkata wujud tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan data inflasi harga pengguna yang akan dikeluarkan.
“Sebahagian saham turut mencatatkan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat pada minggu lepas,” katanya.
Trend serantau turut negatif berikutan pasaran saham China dibuka semula rendah selepas cuti Dragon Boat Festival berikutan sentimen menghindari risiko menjelang acara penting.
Dalam negara,Indeks Straits Times merosot 0.23 peratus kepada 3,314.54.
Pandangan secara konsensus menunjukkan Fed akan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang stabil selepas data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat lepas,dengan tumpuan kepada unjuran terkini mereka untuk ekonomi dan inflasi.
Sementara itu,saham wajaran tinggi Bursa,Petronas Dagangan merosot 74 sen kepada RM17.36,Sime Darby berkurangan sembilan sen kepada RM2.66,Nestle susut RM2.30 kepada RM124.40,Petronas Chemicals merosot lima sen kepada RM6.66,Public Bank turun dua sen kepada RM4.09 dan Petronas Gas berkurangan 10 sen kepada RM18.28.
Bagi saham aktif,Harvest Miracle naik satu sen kepada 10.5 sen,JCY International meningkat tujuh sen kepada 73.5 sen dan YNH Property melonjak 10.5 sen kepada 77.5 sen manakala SMTrack dan Widad,masing-masing kekal tidak berubah pada 4.0 sen dan 8.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 0.74 mata kepada 12,355.27 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 3.85 mata kepada 11,925.13 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 5.10 mata kepada 12,667.41,Indeks FBM 70 menambah 95.21 mata kepada 17,930.78 dan Indeks FBM ACE menokok 41.27 mata kepada 5,710.36.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 29.61 mata kepada 17,616.54 dan Indeks Perladangan berkurangan 34.43 mata kepada 7,067.85 manakala Indeks Tenaga naik 2.54 mata kepada 985.65 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.32 mata kepada 199.34. -BERNAMA