2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,12 Jun - Maybank Investment Bank meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh bagi suku kedua tahun ini.
Jangkaan itu berdasarkan petunjuk positif dicatatkan pada bulan April selepas ekonomi mencatat pertumbuhan 4.2 peratus pada suku pertama.
Bank pelaburan itu menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh 6.1 peratus tahun ke tahun bagi April 2024.
Ia didorong peningkatan 6.1 peratus dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian,disokong pertumbuhan yang lebih kukuh dalam sektor pembuatan dan perlombongan.
Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) turut melonjak kepada 25.7 peratus manakala Indeks Perdagangan Edaran mencatat pertumbuhan 4.5 peratus didorong volum perdagangan kenderaan bermotor dan perdagangan borong.
Aktiviti ekonomi bagi bulan Mei diunjur kekal menggalakkan berdasarkan pertumbuhan dua angka berterusan dalam pengeluaran MSM dan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (PMI).