Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi susulan permintaan kukuh negara pengimport

2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,11 Jun- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penyusutan semalam apabila ditutup kebanyakannya tinggi hari ini,dengan menjangka permintaan yang kukuh daripada negara pengimport utama,kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami mendapati harga MSM pada paras sokongan RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu,Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang beribu pejabat di Mumbai,Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM ditutup tinggi berikutan kekukuhan dalam tempoh semalaman pasaran minyak kacang soya nyahgam mentah Amerika Selatan dan harga tenaga.

“Bagaimanapun,peningkatan itu cepat berakhir dan harga diniagakan dilihat lebih rendah berikutan prestasi eksport minyak sawit Malaysia yang lemah untuk tempoh 1-10 Jun 2024.

"Eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-10 Jun yang dianggarkan Intertek Testing Services berjumlah 294,516 tan,menyusut 20.38 peratus manakala AmSpec mengunjurkannya pada 284,540 tan,iaitu 21.57 peratus lebih rendah berbanding anggaran eksport masing-masing untuk tempoh 1-10 Mei," katanya.

Pada penutupan dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 tidak berubah pada RM3,931 satu tan,Julai 2024 meningkat RM11 kepada RM3,Ogos 2024 naik RM12 kepada RM3,931 satu tan dan September 2024 menokok RM6 kepada RM3,927 satu tan.

Bagaimanapun,Oktober 2024 berkurangan RM4 kepada RM3,921 satu tan dan November 2024 susut RM12 kepada RM3,923 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 72,838 lot daripada 31,690 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 215,452 kontrak daripada 215,918 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan kekal tidak berubah pada RM3,980 satu tan. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap