Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Aidiladha: Fahmi ajak umat Islam hayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,16 Jun- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil mengajak umat Islam di negara ini agar sentiasa memahami dan menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut mendoakan agar jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air dan memperoleh haji yang mabrur.

"Marilah kita doakan agar saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji memperoleh haji yang mabrur,dan selamat pulang ke tanah air nanti.

"Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam," kata Fahmi menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu,Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu rakaman videu yang turut dimuat naik menerusi Facebook berharap agar Aidiladha kali ini membawa keberkatan,kegembiraan dan kedamaian kepada semua serta menghayati nilai-nilai pengorbanan,keikhlasan dan kasih sayang yang diajarkan kepada kita melalui ibadah korban.

"Marilah kita meneladani ketaatan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS dalam mematuhi perintah Allah SWT. Ibadah korban yang kita lakukan adalah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

"Semoga daging korban yang kita korbankan dapat memberi manfaat kepada fakir miskin dan yang memerlukan serta mempererat lagi tali silaturahim antara keluarga,sahabat dan tetangga. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam," katanya.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi hantaran di platform sama turut mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.

"Aidilfitri dirayakan dengan kemenangan,Aidiladha pula pelengkap pengorbanan. Semoga segala ibadah yang dijalankan tahun ini diterima dan diberkati Allah SWT. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung,saya doakan perjalanan selamat pergi dan kembali," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengajak seluruh umat Islam merenung erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS.

"Semoga semangat itu menguatkan tekad kita untuk terus berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Aidiladha juga waktu untuk kita berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai. Saya berharap agar setiap daripada kita dapat menikmati keriangan dan keberkatan dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang dan keharmonian.

"Dalam kita menyambut Hari Raya ini,janganlah kita lupa akan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mereka agar kebahagiaan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh semua," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang berpeluang menunaikan ibadah korban,semoga amal ibadah mereka diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh umat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap