Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

KPDN Sabah kenakan tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,16 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Januari lepas hingga semalam.

Pengarah KPDN Sabah George Abas dalam satu kenyataan berkata,tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan,dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.

"Bagi tempoh itu KPDN Sabah menerima 1,073 aduan pengguna daripada pelbagai kategori yang berekod dalam sistem eAduan KPDN Sabah," katanya.

Sementara itu,pemeriksaan ke atas bekalan barangan mentah dan keperluan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini mendapati bekalan untuk sambutan Aidiladha mencukupi.

"Tumpuan pemeriksaan termasuk gerai sayuran,ayam,telur,daging,kelapa parut dan santan yang menjadi antara barangan keperluan sempena Aidiladha," tambah kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun KPDN mengingatkan para peniaga tidak menaikkan harga barang serta perkhidmatan sesuka hati dengan kadar tidak munasabah tanpa alasan kukuh.

"KPDN akan menyiasat setiap aduan diterima mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan dan aduan berkenaan harga dan barang kawalan akan disiasat dalam tempoh 24 jam," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap