2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress
Datuk Seri Mohamad Hasan
RANTAU,18 Jun- Penyertaan dalam blok ekonomi organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil,Rusia,India,China dan Afrika Selatan) akan membolehkan 'suara' Malaysia lebih didengari di pentas antarabangsa kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut beliau,dengan menyertai BRICS,pandangan Malaysia dalam pelbagai isu akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan berbanding apabila bergerak secara bersendirian.
“Memang kita sedang membuat analisis,memantau dan melihat kesediaan menjadi anggota BRICS,kita menyertai blok ini mesti ada faedah kepada negara,bukan untuk kita bermegah-megah..jadi kita akan meninjau dan menganalisis apa kepentingannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar Negeri di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong,Rantau,di sini.
Hari ini,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor telah menyatakan hasrat untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.