2024-06-26 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
PULAU PINANG,26 Jun - Pendidikan di Sungai Bakap tidak pernah dipinggirkan dan tidak terkecuali dalam perancangan aliran arus perdana Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan,pihaknya akan terus memastikan tiada isu keciciran pelajaran di seluruh negara terutama yang melibatkan pelajar luar bandar dalam golongan B40.
"Melalui tujuh agenda reformasi pendidikan yang digariskan isu menangani keciciran pembelajaran sememangnya menjadi salah satu teras utama yang ditekankan.
"Kementerian Pendidikan salah satu teras yang kita tangani ialah kemiskinan multidimensi,maknanya bukan sahaja kemiskinan yang terkait rapat dengan kemampuan itu tetapi juga lebih besar termasuk daripada segi nutirisi dan juga ruang-runag untuk mendapat pendidikan dari segi akses yang sama dengan anak-anak yg lain," katanya.
Beliau bercakap kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam rakaman program Bicara Prisma Khas di konti mini MUTIARAfm di Sungai Bakap malam tadi.