2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress
Majlis taklimat kepada pelantikan baharu jawatan pembantu dakwah dan imam kariah gred S19 (JHEAINS)
KOTA KINABALU,27 Jun - Jawatan Imam Daerah di seluruh negeri Sabah akan diwujudkan semula selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah,Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata,jawatan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan diperkenalkan dengan bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
“Dalam masa terdekat,InsyaAllah dalam tahun ini kita akan cari jalan untuk membuat persiapan bagi mewujudkan jawatan tersebut.
Kalau ada lantikan,awal tahun hadapan akan dilantik,” katanya selepas menyerahkan watikah pelantikan dan ikrar aku janji pelantikan baharu bagi jawatan Pembantu Dakwah dan Imam Kariah Gred S19 JHEAINS di sini pada Rabu.
Pada majlis itu,seramai 205 individu menerima watikah pelantikan sebagai Pembantu Dakwah dan Imam Kariah.
Dari jumlah itu,seramai 50 orang adalah melibatkan Pembantu Dakwah Gred S19 dan Imam Kariah Gred S19 adalag seramai 155 individu.
Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani.
Arifin berkata,pihaknya berharap agar penambahan perjawatan itu akan dapat membantu kawasan khususnya di daerah dan kariah masing-masing.