2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto FB JIM
KUALA LUMPUR,14 Julai- Seramai 56 orang warga asing ditahan hasil daripada serbuan membabitkan lima premis rumah urut pada 10 Julai,sekitar Bukit Bintang,Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Imigresen,Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa serbuan tersebut dibuat ekoran aduan orang awam berhubung warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral,yang berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut.
Antara yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh,Myanmar,Thailand dan Sudan yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun.
Turut ditahan,dua warga tempatan yang dipercayai sebagai penjaga premis.
Lokasi serbuan merupakan premis kedai dua tingkat yang berada di tengah pusat bandar.
Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri,tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1957/63,Akta Pasport 1966 dan Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua tahanan ditempatkan di depoh Imigresen Bukit Jalil,Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.