2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress
Saraswathy Kandasami (tengah) menghadiri Majlis Makan Malam Kebudayaan dan Perasmian Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024
KUALA LUMPUR,25 Julai- Kekalkan semangat perpaduan,elakkan daripada guna isu 3R.
Timbalan Menteri Perpaduan,Saraswathy Kandasami berkata,isu 3R sering digunakan setiap kali pilihan raya berlangsung.
"Biasanya trendnya bila ada pilihan raya sentimen perkauman akan meningkat sikit dan akan turun balik. Ini adalah satu trend daripada awal mengikut data-data yang kita ada jadi kita tidak boleh menggunakan itu sebagai kayu ukur sama ada perpaduan di kalangan rakyat telah menurun ataupun ada apa-apa ketidak selesaan antara kaum,"katanya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Makan Malam Kebudayaan dan Perasmian Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 semalam.
Tambah beliau,pihaknya setiasa mengalu-alukan sekiranya terdapat sebarang langkah atau tindakan untuk mengemukakan akta bagi isu 3R.