2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto: FB Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR,30 Julai- Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan mesej mengenai kenaikan gaji kakitangan awam yang tular di aplikasi Whatsapp pada 25 Julai lalu adalah palsu.
Sehubungan itu,MOF memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan berita-berita tanpa sumber yang sahih.
“Layari portal dan saluran media sosial kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
“Tidak pasti,jangan kongsi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Berdasarkan maklumat kandungan palsu tersebut,ia mendakwa kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2024 kononnya akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet.
Selain itu,ia mendakwa kononnya pengumuman itu akan dibuat awal pada 16 Ogos ini.