2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress
Timbalan Menteri Agama,Dr Zulkifli Hasan
KUALA LUMPUR,30 Julai - Hingga kini sebanyak 373,000 naskah Al-Quran terjemahan telah dicetak dan 228,750 naskah diedar ke beberapa buah negara; antaranya Singapura,Combodia,India dan lain-lain.
Naskah tersebut diterjemah meliputi tujuh bahasa antaranya Bahasa Inggeris,Sepanyol Latin,Hindi,Tagalog dan lain-lain bahasa.
Timbalan Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan berkata,edaran Al-Quran itu dilaksanakan Yayasan Restu melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenal pasti di negara berkenaan.
Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Kementerian Luar Negeri mengedarkan Al-Quran terjemahan melalui duta-duta besar Malaysia.
"Selain daripada pengagihan atau usaha-usaha untuk terjemah Al-Quran,di antara pendekatan yang kita akan lakukan juga adalah sesi libat urus dengan muslim dan bukan muslim.
"Selain itu kita juga meneruskan bukan sahaja mengedarkan Al-Quran namun kempen-kempen untuk memberikan kesedaran secara berkhemah agar ia dapat memberikan satu kefahaman yang baik bukan sahaja memahami Islam itu sebagai agama tetapi menghormati satu sama lain,"kata Dr Zulkifli.
Beliau menjawab soalan yang dikemukan Ahli Dewan Negara,Senator Abdul Nasir Idris,di Dewan Negara.