2024-08-02 berita.rtm.gov.my HaiPress
Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,2 Ogos- Tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tempatan lain berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas,Ismail Haniyeh adalah tidak wajar.
Ujar Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,sehingga hari ini pihaknya masih menantikan penjelasan dan dipercayai tindakan itu bukan dilakukan di peringkat pengurusan Meta rantau ini.
"Kita ada pertimbangan sebab saya lihat pasukan Meta di rantau ini mereka sangat keliru.. saya tidak salahkan mereka,kita tunggu penjelasan lebih mendalam.
"Saya difahamkan mungkin akan ada delegasi pihak Meta akan datang Kuala Lumpur minggu hadapan dan kita bagi masa untuk mereka bagi penjelasan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini.
BERITA BERKAITAN: