2024-08-02 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming
PUTRAJAYA,2 Ogos- Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun hadapan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming,berkata RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada usaha membangunkan semula bangunan-bangunan lama khususnya yang tidak selamat untuk didiami.
Ia sekali gus menambah baik Akta Pengurusan Strata 2013.
“Mengapa kita perlukan pembaharuan akta ini,sebab banyak bangunan di Kuala Lumpur dalam keadaan daif. Kami tidak mampu bina semula kerana berdasarkan Akta 757 Seksyen 57(6),kita memerlukan 100 peratus persetujuan pemilik sebelum membina semula bangunan tersebut”,katanya dalam Sidang Media di Putrajaya.
KPKT turut bercadang untuk menggubal RUU Sewaan Kediaman,selain meminda empat RUU.
Ini termasuk,RUU Pemajuan Perumahan,RUU Perancangan Bandar dan Desa.
Tambahnya,sebanyak 82 sesi libat urus dilaksana bagi tujuan pindaan dan penggubalan RUU tersebut.