2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress
Produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual
KUALA LUMPUR,6 Ogos- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menasihatkan orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM dalam satu kenyataan berkata,notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi,KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti hydroquinone,tretinoin,betamethasone 17-valerate dan merkuri.
"Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
"Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
Bagaimanapun orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami kesan buruk.
Sementara itu orang ramai boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik boleh disemak melalui laman web rasmi NPRA atau aplikasi 'NPRA Product Status'.