Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kementerian Pertahanan pantau situasi di Lubnan

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Adly Zahari

ALOR GAJAH,8 Ogos- Kementerian Pertahanan sedang memantau perkembangan di Lubnan dengan teliti,sekali gus mendapatkan maklumat terperinci daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan status serta keselamatan Batalion Pengaman Malaysia (MALBATT) 850-11 yang ditempatkan di Tibnin dan Marakah serta rakyat Malaysia lain di Lubnan.

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata soal keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pihak kerajaan berikutan lokasi pasukan MALBATT yang berada kira-kira 50 kilometer daripada konflik dan pergolakan yang berlaku di wilayah itu.

"Perkara asas adalah keselamatan anggota kita. Kitapun bertugas di lubnan itu di bawah payung PBB jadi apa saja tindakan,kita akan berbincang dengan PBB,tapi kepercayaan kita adalah keselamatan anggota kita.

"Jadi kita ada beberapa 'option' (pilihan) yang saya sebut sebelum ini maka kita akan mengambil kira semua perkara itu untuk pastikan semua anggota Lubnan sentiasa dalam keadaan yang baik," katanya kepada pemberita pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di sini.

Tambahnya,kerajaan akan bersiap sedia untuk membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota batalion itu selepas mendapatkan status terkini daripada PBB.

Katanya,sehingga kini kementerian terus memantau dengan terperinci situasi yang berlaku di wilayah itu menerusi maklumat yang diperoleh daripada Batalion MALBATT dan PBB.

Dalam pada itu,Adly berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan menerusi PUVET ATM yang dilaksanakan sejak tahun lalu.

Adly berkata inisiatif yang dilaksanakan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) itu memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam keusahawanan.

Beliau juga berharap semua usahawan terlibat memasarkan perniagaan mereka dengan menggunakan platform digital sebaik mungkin.

"Yang paling penting adalah kita akan cuba memberikan pengetahuan kepada mereka,bagaimana mereka boleh memasarkan perniagaan dan produk mereka melalui dunia 'online' (dalam talian) ini.. digital ini.

"Inipun salah satu target kita dan tahun depan kita akan beri target khusus dan kita akan pantau sekitar 22,000 orang anggota veteran kita..kita tahu veteran kita 80 peratus terlibat dalam bidang keusahawanan," katanya.

Pada majlis itu,seramai 44 veteran ATM di Melaka menerima geran berkenaan.

Menerusi PUVET ATM,veteran menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan,akses terus kepada insentif keusahawanan seperti kemudahan,latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan,penjenamaan serta pemasaran.

"Kesannya (geran) saya boleh meningkatkan pengeluaran dapat membeli lesen yang baharu untuk mengeluarkan kuantiti yang lebih daripada itu,yang saya dapat ini untuk percetakan (mesin)," kata usahawan PUVET,Yuserinie.

"Menerusi bantuan ini,sebanyak RM5,000.. insya-Allah saya akan pergunakan tambah lagi aset peralatan saya seperti mesin 'welding' (mengimpal) untuk 'welding aluminium aloi exhaust' (kimpalan aloialuminium),untuk steril dan peralatan lain," kata usahawan,Arif Setiawan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap