2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress
Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,10 Ogos- Keputusan kerajaan menetapkan semua platform media sosial di negara ini mempunyai lesen bermula tahun depan mampumengawal pemilikan akaun dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 13 tahun,kataMenteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata,ini memandangkan platform berkenaan dilihat tidak serius dalam menghalang golongan itu mendaftar serta memiliki akaun media sosial sendiri.
Ketika ini,platform media sosial hanya menetapkan garis panduan mengenai tidak membenarkan golongan itu untuk mendaftar akaun sendiri.
"Melalui perlesenan,kita harap dapat kekang kanak-kanak memiliki akaun media sosial... kita tidak mahu penjenayah menyalahgunakannya untuk pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap kanak-kanak.
"Kami mahu menamatkan semua (jenayah) pedofil yang menggunakan akaun palsu,mengakses platform media sosial," katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.
Julai lalu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025.
"Sebelum ini,platform-platform terbabit dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.
"Keputusan (perlesenan) itu demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian,buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak," menurut kenyataan.
BERITA BERKAITAN
Lesen media sosial tidak libatkan pengguna
Lesen perkhidmatan media sosial,langkah penting lindungi keselamatan kanak-kanak
Lesen media sosial tidak sekat kebebasan bersuara-Fahmi
Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara - Fahmi
Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan
Pelaksanaan lesen media sosial,langkah melindungi keharmonian Malaysia - Pakar
Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura