2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,10 Ogos - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan.
Kontrak itu tidak diniagakan semasa minggu baru berakhir ini dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak bulan semasa Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024,masing-masing kekal tidak berubah pada 96.45.
Bagi minggu ini,KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.54 peratus. - BERNAMA