2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress
Martin Ang
KUALA LUMPUR,15 Ogos-Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024 disasar meraih potensi dagangan dan pelaburan mencecah RM2 bilion.
Acara itu menjadi platform kepada ikatan strategik,selain membangunkan ekosistem perniagaan lebih kukuh,khususnya bagi syarikat pertengahan tempatan.
Jelas Presiden Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia,Martin Ang,ia sejajar misi pihaknya untuk menjadikan komuniti itu sebagai peneraju peringkat serantau dan global.
"Saya lihat banyak peluang untuk perniagaan Malaysia meneroka pasaran China dan juga sebaliknya. Hubungan antara kedua-dua negara amat penting.
"Selama ini Malaysia dan China telah bekerjasama rapat dan saya rasa sidang kemuncak ini satu lagi pencapaian buat kedua-dua negara," katanya kepada pemberita di sini.
Dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 Disember ini,persidangan itu bakal dihadiri 500 peserta pameran dan 10,000 pelawat.
Bertemakan Kesejahteraan Melangkaui 50,sidang kemuncak itu turut menandakan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China.