2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress
Kerajaan akan terus memastikan komitmen reformasi fiskal dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara / Foto Hiasan
PUTRAJAYA,16 Ogos - Kerajaan akan terus memastikan komitmen reformasi fiskal dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penstrukturan semula ekonomi negara menerusi ekonomi MADANI akan dapat dinikmati oleh semua pihak.
"Tentunya dalam Belanjawan MADANI Ketiga yang bakal dibentangkan Oktober ini akan terus menyokong hasrat Ekonomi MADANI iaitu untuk menstruktur semula dan menaikkan ekonomi Malaysia supaya limpahan hasil nya itu dapat kita laksana dengan sebaik mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA),di sini.
Tambah Anwar,kerajaan telah menambah baik pelbagai bantuan untuk meringankan beban rakyat.
Antaranya menerusi Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR),Sumbangan Asas Rahmah (SARA),perluasan skop penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid,Insentif Pengeluaran Getah serta menambah baik kehidupan golongan orang kurang upaya (OKU).