2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto: FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,18 Ogos- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia petang tadi.
Dalam catatan di laman Facebook,Ahmad Zahid berkata beliau mengenali Allahyarham sejak usia muda dan baru sahaja menziarahi beliau baru-baru ini.
“Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya,Rozaid Abdul Rahman yang telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya petang tadi.
“Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh kalangan kami yang sentiasa berhubung dengannya dari dahulu lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Rozaid,59,yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023,meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights,Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.