2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto RTM
ALOR SETAR,19 Ogos-Dua mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan lama di Lebuhraya Sultan Abdul Halim,Alor Setar,Kedah,petang tadi.
Bagaimanapun identiti kedua-dua individu yang dipercayai wanita itu masih belum diketahui.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial,salah seorang mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan seorang lagi dalam keadaan terlentang dengan pelbagai kesan kecederaan di muka.
Sementara itu,Ketua Polis Daerah Kota Setar,ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan dua mayat tersebut.
Siasatan lanjut sedang dilakukan dan kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh terdekat.