2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress
Narendra Modi (kiri) mengalu-alukan rakan sejawatannya dari Malaysia Anwar Ibrahim (kanan) sebaik beliau tiba di Istana Presiden India pada Selasa lepas di New Delhi/Reuters
KUALA LUMPUR,22 Ogos- Malaysia dan India menyatakan komitmen untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan persetujuan itu dicapai bersama rakan sejawatannya dari India Narendra Modi dalam lawatan kerja rasmi tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam.
Anwar turut berkata lawatan ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit,bahan kimia dan produk kimia,minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.
"Secara keseluruhan lawatan ke India mencapai objektifnya yang mana perbincangan mendalam dan secara telus antara saya dan Perdana Menteri Modi," kata Anwar dalam Facebook beliau hari ini.
Dalam pada itu,Anwar juga mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan India atas layanan mesra yang diberi selama lawatan tiga hari beliau bermula Isnin lepas ke negara tersebut.
"Penghargaan saya kepada Kerajaan India atas layanan sahabat,juga kepada kementerian,agensi kerajaan,pihak Pesuruhjaya Tinggi serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil," tambah Anwar.
Acara terakhir Perdana Menteri sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur adalahpertemuan dengan para pemimpinIslam di India,termasuk Maulana Syed Ahmed Bukhari daripada Masjid Jama dan Maulana Mahmood A. Maddani daripada Jamiat Ulama-i-Hind.
Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Parlimen India,Rahul Gandhi,yang disifatkannya sebagai sahabat baiknya.
BERITA BERKAITAN
Malaysia raih potensi perdagangan RM8 bilion
MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui
India sokong hasrat Malaysia sertai BRICS
Anwar bertemu pemimpin industri dan perniagaan India
PM bertemu 40 peneraju industri pelbagai sektor di India
Malaysia perlu contohi kemajuan teknologi digital India
Lawatan Anwar ke India bawa kerjasama strategik
PM diberi sambutan rasmi negara sempena lawatan ke India
Anwar adakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Luar India
Anwar perkukuh hubungan 67 tahun Malaysia-India