Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,21 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.03 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik yang meliputi tender RM510 juta bagi 33 hari dan tender RM390 juta untuk 92 hari.

Selain itu,BNM akan melaksanakan tender repo berbalik Islam bagi RM600 juta dengan tempoh 33 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang,bank pusat akan mengendalikan tender semalaman konvensional bagi RM39.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM21.6 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap