2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,22 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat pada sesi awal dagangan Khamis.
Pada 9.20 pagi,Ogos 2024,September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 6.5 mata kepada 1,637.5,1,617.5 dan 1,623.5 manakala Mac 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,611.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,338 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,753 kontrak.
Selepas 41 minit dagangan dijalankan,indeks FBM KLCI naik 0.38 mata kepada 1,635.70 berbanding paras 1,635.32 pada akhir dagangan semalam. -BERNAMA