2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto RTM
MERBOK,23 Ogos - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial,di sini ditutup secara rasminya pada pukul 10.00 pagi tadi.
Penutupan diumumkan oleh Penghulu Mukim Merbok,Hafizul Ahmad Salim mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda,Dato' Abdul Gafar Yahya.
Sebelum ini,PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial menempatkan 22 keluarga melibatkan 84 penduduk terjejas banjir dari Kampung Huma terpaksa berpindah selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat air pasang besar yang berlaku pada Selasa lalu.