2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada bulan-bulan akan datang,berdasarkan peningkatan dalam Indeks Pelopor (IP).
Indeks yang meramalkan arah aliran ekonomi itu,meneruskan pertumbuhan positifnya pada 3.5 peratus bagi Jun 2024.
Menurut Jabatan Perangkaan,mata indeks meningkat kepada 113.4 berbanding 109.6 mata bulan sama tahun sebelumnya.
Indeks Perusahaan Bursa Malaysia yang mempamerkan prestasi kukuh pada 42.2 peratus,penyumbang utama kepada peningkatan dalam IP.
Bagaimanapun,prestasi bulanan IP menurun marginal kepada 0.7 peratus disebabkan penyusutan dalam lima daripada tujuh komponen.
"Melihat kepada arah aliran jangka panjang,IP kekal berada di atas trend 100 mata.
"Ini menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
"Indeks Serentak yang menggambarkan keadaan ekonomi semasa,kekal positif sejak September 2021 dengan pertumbuhan 2.6 peratus kepada 126.4 mata," menurut kenyataan itu.
Nilai Caruman BenarKumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) merupakan pemacu utama kenaikan,diikuti peningkatan 6.4 peratus dalam Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit.