2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,24 Ogos - Kontrak hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak mencatatkan sebarang urus niaga minggu depan.
Kontrak itu tidak merekodkan sebarang transaksi bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.
September 2024,Oktober 2024,November 2024 dan Disember 2024 masing-masing tidak berubah pada 96.45.
Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini,kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.53 peratus. - BERNAMA