Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Fahmi menghadap Agong esok, sembah maklum persiapan Hari Kebangsaan

2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

PANTAI DALAM,26 Ogos- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil akan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada esok.

Pertemuan itu bagi menyembah maklum persiapan sempena Hari Kebangsaan 2024,yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya.

Sembah maklum tersebut merangkumi pelan susun atur dan laluan yang boleh dibuka kepada orang ramai.

"Esok insya-Allah,saya dan Datuk KSU akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum berhubung persiapan sambutan Hari Kebangsaan."

"Kita juga telah memberikan maklumat,bukan hanya berkaitan susun atur tetapi laluan yang boleh digunakan serta pengangkutan awam yang disediakan seperti perkhidmatan teksi air secara percuma yang akan beroperasi dari sejumlah lokasi di sekitar tasik Putrajaya."

"Ia akan membolehkan orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka di satu lokasi itu," kata Fahmi kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai,di sini.

Sebanyak 7,000 tempat letak kenderaan disediakan sempena meraikan sambutan bersejarah tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap