Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Majikan lari tinggal pekerja warga asing ketika serbuan

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

GEORGE TOWN,27 Ogos- Seorang majikan premis makanan bertindak melarikan diri selepas menyedari pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang melakukan operasi di sebuah kompleks membeli-belah di sini,semalam.

Jabatan itu dalam hantaran di laman Facebook berkata hasil pemeriksaan di premis itu mendapati para pekerja yang digajikan tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

"Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia,dua lelaki China dan seorang lelaki Myanmar berusia 30 hingga 50 tahun.

"Kesemua mereka yang didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.

Menurut JIM,siasatan lanjut dan gerakan mengesan majikan yang terbabit juga akan dilaksanakan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Masyarakat diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan warga asing yang melanggar undang-undang dan peraturan bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap