2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad / Foto RTM
IPOH,28 Ogos - Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kira-kira RM232,000 bagi bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2024.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bantuan secara sekali bayar itu dijangka memanfaatkan seramai 1,500 orang mahasiswa.
Beliau berkata,setiap penerima yang layak akan menerima baucar buku bernilai RM150.
"Penerima yang layak mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan,di mana pemohon mestilah warganegara Malaysia kelahiran Perak yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam tahun pertama.
"Selain itu,pendapatan isi rumah pemohon haruslah di bawah RM3,000 dan memerlukan bantuan mendesak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2024 yang berlangsung di Bangunan Darul Ridzuan,di sini.