Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

PROTAC tampilkan warisan budaya dan tarikan pelancongan tempatan

2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi/ Foto Bernama

KUALA KANGSAR,3 September - Pelbagai aktiviti pelancongan,kreativiti seni dan kebudayaan dianjurkan Pertubuhan Wawasan Pelancongan,Kreativiti dan Kebudayaan Malaysia (PROTAC) sebagai usaha menonjolkan warisan budaya serta mempromosikan kawasan pelancongan menarik dalam negara.

Pengerusi PROTAC Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata pertubuhan yang diwujudkan sejak Mei lepas itu telah menganjurkan pelbagai program antaranya pameran seni lukis,promosi kawasan pelancongan selain program untuk mengetengahkan bakat baharu dalam bidang seni budaya.

"Kita (PROTAC) dalam perancangan untuk menganjurkan karnival budaya dan pelancongan di Kuala Kangsar pada Disember depan selain mahu menerbitkan buku mengenai keunikan warisan kebudayaan," katanya selepas majlis pelancaran pertubuhan itu hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi.

Sementara itu,Mohd Azlan dalam ucapannya berkata penubuhan PROTAC adalah satu langkah strategik yang penting dalam usaha memangkin pertumbuhan industri pelancongan.

"Dengan adanya PROTAC,kita berharap dapat memperkasakan kerjasama antara sektor awam dan swasta seterusnya memperkukuh rangkaian pelancongan dan meningkatkan promosi destinasi menarik.

"Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen yang berterusan,PROTAC akan menjadi pemangkin utama dalam usaha kita memajukan industri pelancongan dan budaya negara," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap