2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,3 September – Lawatan Perdana Menteri New Zealand,Christopher Luxon ke Malaysia dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin kolaborasi itu akan membawa manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
"Kedua-dua negara akan mendapat faedah dalam pelbagai bidang,termasuk ekonomi,pendidikan dan kebudayaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Christopher tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin.
Ini merupakan lawatan pertamanya sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2023.