Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Anwar lawat pameran budaya EEF 2024 di Vladivostok

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

VLADIVOSTOK,7 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat tapak pameran bersempena Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024) selepas mengadakan pertemuan dan sidang media bersama delegasi media Malaysia di sini,Rusia.

"Pameran ini memberi tumpuan utama kepada pelbagai budaya dari pelbagai etnik rakyat Rusia dari pelbagai wilayah dan republik yang membentuk keseluruhan Persekutuan Rusia," kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Pameran tersebut menampilkan kekayaan budaya dari pelbagai wilayah dan republik Rusia serta menonjolkan usaha pembangunan yang dilaksanakan diwilayah TimurJauhRusia.

"Di ruang yang sama juga ditonjolkan bagaimana wilayah Timur Jauh Rusia ini dibangunkan atas nama kesejahteraan sejak dulu hingga sekarang dengan pelbagai projek pembangunan dan ekonomi yang ternyata memberi nilai tambah kepada tahap kehidupan masyarakat di wilayah ini dan akan terus menyemarak," katanya lagi.

Forum Ekonomi Timur (EEF) merupakan platform penting bagi kerjasama ekonomi antarabangsa,dan lawatan Anwar ke pameran tersebut menekankan hubungan strategik Malaysia dengan negara-negara di rantau ini.

BERITA BERKAITAN

Lawatan ke Rusia bakal bawa manfaat terbaik - Anwar

Pihak antarabangsa tidak perlu bimbang hasrat Malaysia sertai BRICS

Malaysia,Rusia setuju komuniti antarabangsa perlu tingkat tekanan tamatkan kempen genosid Israel di Gaza

Manfaat hubungan erat Malaysia-Rusia,pertingkat kerjasama dalam semua bidang

Kerjasama Malaysia - Rusia,perlu dipertingkat ke tahap optimum

PM tiba di Vladivostok,mulakan lawatan kerja ke Rusia

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap