Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Pahang rangka strategi tingkatkan hasil

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN,5 September- Kerajaan Negeri Pahang telah merangka strategi dalam meningkatkan serta mengurangkan ketirisan hasil melalui pemerkasaan pendigitalan dan teknologi maklumat.

Transformasi pendigitalan dan teknologi maklumat pentadbiran tanah amat penting bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran tanah yang lebih cekap,telus dan responsif sekali gus mencapai sasaran kutipan hasil negeri.

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,Kerajaan Negeri melaksanakan kutipan cukai petak bagi hak milik strata di Negeri Pahang melalui sistem e-Strata yang telah dibangunkan pada Januari tahun ini.

"Sehingga 3 haribulan 9 tahun ini,kita telah berjaya mendapatkan hasil daripada cukai petak ini sebanyak RM833,272 dan pendaftaran hak milik strata sebanyak RM1.648 juta,menjadikan jumlah semua sekali yang telah kita berjaya dapatkan ialah RM2.482 juta",katanya.

"Kita juga menambah baik dan menaik taraf sistem pentadbiran tanah negeri yang sedia ada kepada Sistem Pentadbiran Tanah Berasaskan Web Negeri Pahang (SPTWeb) yang meliputi Sistem Hasil Tanah,Secure Land Management System (SELAMAT),Sistem Permohonan Kebenaran Pindah Milik/Gadaian dan Pajakan Tanah (e-Consent) dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM4,950,000.

Kerajaan Negeri Pahang juga melaksanakan Sistem e-Doket bagi menggantikan doket bercetak dalam kerja-kerja mengambil,mengalih dan mengangkut bahan batuan bagi Lesen Pendudukan Sementara Bercantum Permit di bawah Seksyen 69 dan Seksyen 71 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Selain,melaksanakan sistem imej satelit dan 'remote sensing' iaitu penderiaan jauh melalui sistem e-Unified dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia sejak 2019.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Chini,Mohd Sharim Md Zain pada Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Kuantan,Pahang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap