2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,5 September- Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%.
Pada tahap OPR semasa,pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa melibatkan prospek inflasi dan pertumbuhan.
Penunjuk terkini mencerminkan kegiatan ekonomi terus kukuh,didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan aktiviti eksport lebih giat,katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Selain itu,projek pelaburan swasta dan awam menunjukkan perkembangan yang baik di tengah-tengah pemulihan ringgit baru-baru ini yang didorong oleh perkembangan global dan prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh
BNM menjangkakan pertumbuhan global boleh kekal berikutan keadaan pasaran buruh yang positif,inflasi menyederhana dan kelonggaran dalam dasar monetari.