2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto FB Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR,6 September-MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp) dan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) menjalin kerjasama bagi memperkasa syarikat awam tersenarai untuk mencapai matlamat alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG) melalui penggunaan teknologi digital.
Menerusi kolaborasi itu,kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai inisiatif termasuk pertukaran amalan terbaik dan penganjuran Cabaran Inovasi ESG Centre4IR Malaysia.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata,kerjasama itu sejajar hasrat kerajaan menerusi kementeriannya untuk menyokong dan mempercepat usaha ESG menerusitransformasi digital.
"Langkah itu merupakan bukti perjalanan transformasi digital negara yang berterusan.
"Ia juga menunjukkan komitmen kukuh kerajaan untuk menerapkan kemampanan dalam teras strategi pembangunan negara," katanya pada majlis pemeteraian Memorandum Kerjasama antara MyDIGITAL Corp dan Bursa Malaysia.
MyDIGITAL Corp turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima syarikat awam tersenarai (PLC) Malaysia.