Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

RM1 juta diperuntukkan untuk pusat hemodialisi di Seremban

2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024; Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula hari ini/Foto PMO

Port Dickson,8 September – Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli alatan sokongan implan ortopedikk serta pusat rawatan hemodialisis.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun,berkata langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kesihatan rakyat melalui penyediaan fasiliti yang menyeluruh.

Ini termasuk sukan dan insentif rawatan kepada golongan yang memerlukan.

"Iinisiatif ini selaras dengan salah satu Teras Malaysia Madani,iaitu Kesejahteraan.

"Rakyat yang sejahtera bukan diukur pada kekuatan ekonomi sahaja,tetapi rakyat yang mampu hidup dengan gaya yang aktif dan sihat akan menyumbang kepada produktiviti negara," katanya.

Kenyataan itu dibuat semasa Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024,serta pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula – War of Sugar oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,di Port Dickson.

Menerusi Kempen Perangi Gula pula selain semua agensi kerajaan mengurangkan 50 peratus gula dalam hidangan pada setiap majlis dan mesyuarat yang diadakan serta pengurangan gula dalam sajian di restoran,gerai dan hotel,wakil rakyat juga perlu menggerakkan kempen mengurangkan gula di kawasan masing-masing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap