Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

PM terima kunjungan hormat David Marriott

2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,10 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International David Marriott yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata,peluang itu digunakannya bagi mencari ruang membantu promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan,selain meningkatkan jaringan penerbangan yang lebih luas.

Perdana Menteri berkata beliau sempat berkongsikan polisi Kerajaan MADANI yang kini membuahkan hasil,apabila negara merekodkan peningkatan jumlah kehadiran pelancong asing sebanyak 28.9 peratus untuk separuh tahun 2024 berbanding tempoh sama pada 2023.

"Ini ditambah dengan kekayaan Malaysia dengan budaya dari kepelbagaian kaum,makanan yang enak serta keunikan biodiversiti mampu mengangkat negara ini sebagai satu destinasi tumpuan utama dalam rantau Asia Tenggara,khususnya dalam kalangan pelancong negara barat," katanya.

Anwar berkata adalah penting usaha mempromosi Malaysia itu turut disertai pemain industri dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara,supaya pulangan daripada kejayaan sektor pelancongan akan dapat turut memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap