Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Hussein Ahmad meninggal dunia

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: UMNO Online

PASIR MAS,13 September-Bekas Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Hussein Ahmad,90,meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Kampung Lemal di sini pagi tadi.

Cucunya,Mohamad Radzuan Rosli,34,berkata Allahyarham yang lebih dikenali sebagai "Hussein Serama" sudah sekian lama uzur dan menghidap penyakit Parkinson telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya pada 7 pagi.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas selepas solat Jumaat nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Radzuan berkata datuknya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lepas akibat sesak nafas.

Allahyarham Hussein yang mempunyai enam anak,lebih 30 cucu dan 20 cicit itu pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO selama 14 tahun dari 1982 hingga 1999,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1987 hingga 1990 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1982.

Sementara itu,Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap