Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap pada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,13 September - Menjelang 22 bulan pentadbiran,Kerajaan Perpaduan terus fokus pada usaha menangani isu kos sara hidup rakyat sambil mencatat pencapaian ekonomi yang memberangsangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,menyatakan bahawa cabaran utama kerajaan ketika memulakan pentadbiran adalah isu ekonomi. Untuk memastikan kestabilan pembangunan negara,kerajaan telah memperkenalkan Kerangka Ekonomi MADANI sebagai landasan baru.

“Setahun selepas pelancaran Ekonomi MADANI bersama Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan perancangan peralihan tenaga,kita telah melihat peningkatan pelaburan yang signifikan,yang terus meningkat dari suku ke suku berbanding tahun lalu,” katanya.

Fahmi berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada INTAN Minister's Conversation 2024 bertajuk “Komunikasi Mapan: Simbiosis Kerajaan MADANI dan Rakyat” anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) hari ini.

Beliau juga menekankan bahawa pengukuhan nilai ringgit pada RM4.31 berbanding dolar Amerika Syarikat menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi negara.

Di samping itu,pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif,pengurangan defisit,penurunan pinjaman kerajaan,dan inflasi yang stabil sekitar dua peratus,menunjukkan bahawa ekonomi berada pada landasan yang kukuh.

“Jadi,metrik pertumbuhan ekonomi adalah sangat positif. Harga barang terkawal,stok barang mencukupi terutama pada musim perayaan,dan yang penting,kita perlu terus merancakkan pertumbuhan serta menangani isu kos sara hidup rakyat,” tambahnya.

Dalam ucapannya,Fahmi turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan dalam menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks.

Beliau menyatakan bahawa perubahan dalam landskap media sosial telah mengubah cara rakyat berinteraksi dan menerima maklumat. Era komunikasi pelbagai hala memerlukan strategi yang lebih holistik dan berkesan,memandangkan audiens terutama rakyat hanya mendengar apa yang ingin mereka dengar.

“Kita berada di zaman di mana maklumat boleh diakses dari pelbagai arah dan platform,sama ada melalui TikTok,WhatsApp,atau Telegram,dan boleh dilihat pada bila-bila masa,” katanya. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap