2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,12 September- Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas pengumuman data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) semalam.
Kontrak September 2024 susut kepada US$2,523.10 setiap auns troy berbanding US$2,531.70 yang disaksikan pada hari Rabu.
Kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih rendah pada US$2,535.40 setiap troy auns daripada US$2,544.00.
Jumlah dagangan meningkat kepada 22 lot berbanding 14 lot sebelum ini,manakala kepentingan terbuka bertambah baik kepada 82 kontrak daripada 68 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,507.75 setiap auns troy,menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 11 September.- BERNAMA