Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Rakyat Malaysia perlu terus berdoa kepada rakyat Palestin

2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi

PUTRAJAYA,16 September- Rakyat Malaysia disaran terus berdoa dan menderma kepada rakyat Palestin yang masih berdepan dengan peperangan dan musim sejuk.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika umat Islam di Malaysia dapat menghadiri majlis selawat perdana,namun penduduk di Gaza terus ditindas.

"Marilah kita bela saudara di Palestin. Saudara kita terus dihujani bom. Dalam berita tadi dilaporkan bahawa lebih 4,000 saudara kita di Palestin kehilangan anggota tangan dan kaki,kini mereka sedang menghadapi musim sejuk.

"Marilah kita ummah di Malaysia,kita menderma apa saja yang boleh bagi saudara kita di Palestin,dalam menghadapi musim sejuk dan hujan peluru yang terus mendatang," katanya ketika berucap pada Program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Peringkat Kebangsaan di Dataran Putra di sini.

Lebih 50,000 orang hadir pada program berkenaan sebagai usaha mengimarahkan program-program penghayatan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Program selepas solat Isyak itu dimulakan dengan qasidah serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW,disusuli doa maulid yang dibacakan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Turut hadir,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap