Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik dua negara

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO Royal Press Office

KUALA LUMPUR,17 September- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bakal mengadakan lawatan negara ke China dalam satu lembaran baharu persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.

Menerusi satu kenyataan oleh Istana Negara hari ini,lawatan Seri Paduka Baginda mulai 19 hingga 22 September itu mencatatkan sejarah penting dalam perhubungan diplomatik Malaysia-China yang memasuki 50 tahun.

Menurut kenyataan itu,Sultan Ibrahim bertitah bahawa hubungan dengan republik berkenaan membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

“Hubungan dengan China membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lepas. Saya berharap lawatan ini juga menjadi asas kepada pengukuhan persahabatan ke dekad seterusnya.

“Saya yakin terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai bersama dengan kepakaran yang ada antaranya dalam sektor ekonomi digital,pembangunan hijau serta dan perindustrian,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Seri Paduka Baginda dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Li Qiang,diikuti pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.

Baginda juga akan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknikal Kapal Terbang Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Sultan Ibrahim juga akan bertemu dengan diaspora Malaysia di China,dan turut memperkenankan penamaan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Baginda.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap