Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Industri halal mampu memenuhi aspek ekonomi Islam

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,17 September- Industri halal dilihat mampu memenuhi aspek ekonomi Islam yang tidak dapat dikuasai sektor kewangan.

Ia mampu menarik penyertaaan lebih luas merangkumi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),golongan petani,nelayan dan peruncit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,perkembangan itu secara tidak langsung dapat mencapai maksud Ekonomi MADANI yang digagaskan kerajaan,selain semangat Maqasid Syariah demi menyantuni rakyat.

"Dari sudut yang agak berbeza ia memberikan gambaran bahawa ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan yang sebelum ini menerajui ekonomi Islam dari sudut penolakan sistem riba.

"...dan ada kejayaan telah dicatat. Tetapi kalau dilihat dari segi maqasid syariah keseluruhan,ada usaha ada upaya peningkatan ini ialah memperluaskan ekosistem supaya matlamat itu harus dicapai," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada Majlis Pembukaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di ibu negara.

Tambah Perdana Menteri,setiap kali lawatannya ke luar negara perbincangan berkaitan industri halal menjadi antara perkara yang dibincangkan termasuk menekankan keperluan agar Malaysia memberikan kerjasama bukan sahaja isu berkaitan pensijilan; malah meliputi perdagangan serta kegiatan halal.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap