2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto Langkawi Ferry Lines Ventures
ALOR SETAR,17 September- Seramai 3,945 penumpang terjejas selepas sepuluh perjalanan feri Kuala Kedah-Pulau Langkawi-Kuala Kedah dihentikan hari ini berikutan cuaca buruk dengan ombak setinggi lima meter di perairan Kuala Kedah.
Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Kapten Dr Baharin Baharom dalam satu kenyataan berkata,ia membabitkan 2,154 penumpang dariLangkawi ke Kuala Kedah dan 1,791 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi.
"Pembatalan membabitkan perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi pada pukul 9.30 pagi,10.30 pagi,11.30 pagi,12.00 tengah hari,1.30 petang dan 2.30 petang.
"Perjalanan Langkawi ke Kuala Kedah pula pada pukul 10.00 pagi,1.00 petang dan 1.30 petang," katanya.
Bagaimanapun penumpang yang terkandas boleh menuntut kembali bayaran tiket feri termasuk tempahan melalui pakej cuti-cuti Langkawi.
Semalam media melaporkan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi membawa 679 penumpangdari Treminal Penumpang Feri Kuala Kedah terpaksa berpatah balikberikutan cuaca buruk di perairan Kuala Kedah.