Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Banjir: JKM nasihat penduduk diarah pindah patuh arahan

2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

PENDANG,18 September - Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika diarahkan berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah (JKM) Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata mereka tidak perlu risau kerana bekalan makanan,khemah serta kemudahan yang disediakan di PPS lengkap dan mencukupi.

“Terdapat segelintir penduduk enggan berpindah atas alasan peribadi tetapi jika air naik mengejut mereka dinasihatkan segera berpindah dengan dibantu pasukan keselamatan ke PPS demi keselamatan diri dan keluarga. Kita juga beri jaminan bekalan diperlukan mencukupi dan keadaan di PPS terkawal.

"JKM dengan kerjasama agensi lain telah menguruskan operasi bagi memastikan kelancaran bantuan kepada mangsa termasuk menyediakan kaunselor berdaftar bagi membantu dari sudut emosi mereka yang terjejas akibat banjir," katanya ketika ditemui di PPS Rakan Muda Banggol Besi.

Sementara itu,jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Kedah meningkat kepada 2,194 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 675 orang pada 5 petang semalam.

Penduduk terjejas terdiri daripada 388 keluarga dari enam daerah iaitu Kubang Pasu,Pendang,Kulim,Pokok Sena,Kuala Muda dan Kota Setar yang dipindahkan ke 11 PPS.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap