Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Agong berkenan berangkat ke China

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Ibrahim berlepas ke China dari Pangkalan TUDM Subang,hari ini/Foto RTM

KUALA LUMPUR,19 September - Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke China,atas jemputan Presiden Xi Jinping,bagi mengadakan Lawatan Negara selama empat hari dari 19 hingga 22 September 2024.

Ini merupakan lawatan pertama Seri Paduka ke republik itu selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pesawat khas yang membawa baginda berlepaspada pukul 9.40 pagi dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka.

Sebelum berangkat,Sultan Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada enam pegawai dan 114 anggota,diikuti lagu Negaraku yang diiringi 21 das tembakan meriam.

Lawatan Negara ini mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang semakin progresif dipacu usaha menaik taraf hubungan tersebut kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.

Ia juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Di China,Sultan Ibrahim dijadual menerima sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing,diikuti pertemuan bersama Xi serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan oleh Presiden China sebagai tuan rumah.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang,selain dijadual berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Sultan Ibrahim turut dijadual bertemu dengan diaspora Malaysia di China serta berkenan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Baginda,sebagai satu penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Lawatan Negara tersebut disifatkan sebagai peluang yang sangat baik bagi Malaysia dan China untuk menegaskan komitmen bersama khusus dalam memastikan hubungan antara kedua-dua negara kekal dengan pendekatan memandang ke hadapan,dinamik dan makmur,demi manfaat rakyat masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong dipersembahkan Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan,Negeri

Agong berangkat ke istiadat mengarak panji-panji

Agong lawat China,lembaran baharu hubungan diplomatik dua negara

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap