2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto BERNAMA
BALI,19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A,Tan Sri Tony Fernandes,laluan baharu akan merangkumi destinasi seperti Semarang,Pontianak,dan Palembang.
Ia bertujuan meningkatkan ketersambungan antara Indonesia dan negara-negara Asia,termasuk Malaysia.
"Kami akan bermula dengan Timor Timur dahulu,dan akhirnya sampai ke Papua. Sebaik sahaja mereka memberi kebenaran,kami akan mula. Ia mungkin bermula pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita di sini.
AirAsia juga baru-baru ini membuka laluan terus ke-21 ke Labuan Bajo,Indonesia,dengan tiga penerbangan mingguan dari Malaysia.
BERITA BERKAITAN:
Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu- Manado,perluas pilihan destinasi
AirAsia lancar penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manado,Sulawesi Utara
Penumpang Fly-Thru AirAsia dijangka meningkat 25 peratus
Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi guna proses secara manual