Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,21 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu baru berakhir ini,bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik,repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM33.91 bilion daripada RM27.90 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam,mudah tunai itu berkurangan kepada RM20.30 bilion daripada RM25.50 bilion,sebelum ini.

Setakat 19 September,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap